Pangkalan baru TUDM Sendayan

Pada 28 Mei 2011, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Sendayan akan dibangunkan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggantikan Sungai Besi. [1]

Kerajaan Malaysia berhasrat membangunan 'Greater Kuala Lumpur' yang melibatkan pembangunan Lapangan Terbang Sungai Besi, bekas Penjara Pudu, Menara Warisan, Stadium Merdeka dan rangkaian kereta api dari Sungai Buloh ke Kajang. Greater KL hampir menyamai konsep Greater London and Greater Toronto.